Monday 10 November 2014

kitaran hidup rama-rama


APAKAH ITU RAMA-RAMA?


Rama-rama merupakan haiwan dalam kumpulan serangga. Rama-rama merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup yang lengkap. Dalam proses kitaran hidup rama-rama, ia melalui 4 peringkat perkembangan dan setiap peringkat perkembangannya adalah berbeza dan juga mempunyai tujuan yang berbeza. 



PERINGKAT KITARAN HIDUP RAMA-RAMA








  1. Telur - pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur. Telur rama-rama sangat nipis, kecil, berkilat kekuningan/keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan. Telur-telur ini akan matang diantara 5 hingga 10 hari. 
  2. Ulat/larva - pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah, seterusnya menghasilkan ulat beluncas. Kebiasaannya ulat beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini, ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan kerana kerana beluncas akan makan dan terus membesar. Makanan ulat beluncas ialah daun dan ulat akan makan dengan banyak selama 2 hingga 3 minggu. Kemudian, ulat beluncas akan mula ditumbuhi bulu-bulu.
  3. Kepompong/pupa - peringkat ketiga berlaku pada minggu ke-3. Proses taransformasi akan berlaku iaitu ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa. Pada tahap ini, ulat beluncas akan berubah dan menggantungkan dirinya ke dalam kepompong. Kepompong merupakan tempat perlindungan bagi ulat semasa berehat. Ulat beluncas akan berehat selama 2 hingga 3 minggu dan meneruskan kehidupan sehinggalah ia matang. Semasa di dalam kepompong, kaki dan kepaknya akan muala berbentuk.
  4. Rama-rama - pada peringkat ini, kepompong yang telah matang tadi akan pecah dan rama-rama yang matang akan bersenyawa, bertelur dan kitaran hidup rama-rama yang seterusnya akan berlaku. 


Sunday 9 November 2014

PENGENALAN ICT DALAM PENDIDIKAN :

* Dikenali dengan CAI (Computer Assisted Instruction), CAL (Computer Assisted Learning) atau CBE (Computer Base Education).
* Diperkenalkan ada tahun 1960-an oleh University Of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logik Automated Machine) yang merangkaikan universiti-universiti dan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat.
* PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK tetapi mengurus permintaan pembelajaran, memantau proses pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar dan memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer.
* Berkembang di UK pada awal 80-an.
* Pada 1991, sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer utama telah digantikan dengan NOVANET yang menggunakan komputer peribadi. 
* Selepas rankaian ini dilaksanakan WWW (World Wide Web). 
* Rangkaian WWW memberi ruang yang luas kepada PBBK untuk digunakan dalam bilik darjah tanpa sempadan.

SEJARAH KOMPUTER DAN EVOLUSINYA  :

Secara amnya sejarah perkembangan teknologi komputer dibahagikan kepada dua zaman utama iaitu zaman sebelum tahun 1940 dan zaman selepas tahun 1940.


  • sebelum 1940- bermula dengan masalah perhitungan sampua( Alat penghitung Abakus)  tahun Dicipta pada tahun 3000S.m. di Babylonia. Merupakan alat penghitung mekanikal yang pertama didunia.Boleh melakukan operasi tambah dan tolak.
  • Digunakan tujuan perniagaan dan akhirnya hilang reputasi bila munculnya pensil dan kertas contohnya: 
  1. Tulang John Napier- alat yang memudahkan proses mendarab dan membahagi dilaksankan dengan lebih pantas dan mudah.
  2. Pemprosesan elektromekanikal (mesin pascaline)- setelah hampir 12 abad, muncul penemuan lain dalam hal mesin komputer. Pada tahun1642, Blaise Pascal (1623-1662), yang pada waktu itu berumur 18 tahun, menemukan apa yang disebut sebagai kalkulator roda numerik (numerical wheel calculator) untuk membantu ayahnya melakukan perhitungan pajak. Menjadi mesin mekanikal atau kalkulator yang pertama di dunia dan boleh melakukan operasi tambah dan tolak. Pascaline menggunakan 8roda putar yang bergerigi untuk menjumlahkan bilangan hingga lapan digit. Alat ini merupakan alat penghitung bilangan asas sepuluh. Kelemahan alat ini adalah hanya terbatas untuk melakukan penjumlahan. 
  3. Enjin pembezaan Babbage- dicipta pada tahun 1812 oleh Charles Babbage. Merupakan mesin mekanikal yang menggunakan kuasa stim. Mampu melakukan pengiraan dan mencetak hasilnya secara automatik. 
  • SELEPAS 1940 pemprosesan elektronik
  • dengan terjadinya perang dunia kedua ,negara-negara yang terlibat dalam perang tersebut berusaha mengembangkan komputer untuk mengeksplosit potensi strategis yang dimiliki komputer.
  • hal ini meningkatkan padanan pengembangan komputer serta mempercepatkan kemajuan teknik komputer.
  • 1941, konrad Zuse, seorang Jerman membangun sebuah komputer,,Z3,untuk rekabentuk pesawat terbang dan peluru kendali.
  • 1943, pihak inggeris menyelesaikan komputer pemecah kode rahsiah yang dinamakan Colossus untuk memecahkan kode-rahsiah yang digunakan Jerman.
  • Howardh.Aiken(1900-1973), seorang harvard yang bekerja dengan IBM, berhasil memproduksi kalkulator elektronik untuk US Navy. Kalkulator tersebut berukuran panjang setengah padang bola dan memiliki rentang kabel sepanjang 500 km.The Harvd-IBM Automatic Sequence Controlled calculator,atau Mark1, merupakan komputer elektronik.
  • perkembangan Mark1 lahirlah Electronic Numerical Inegrator and Computer(ENIAC) ,yang dibuat oleh kerjasama antara pemerintah Amerika Syarikat dan University Of Pennsyviania tersebut merupakan mesin yang sangat besar yang memerlukan kuasa 160kw.
  1. Generasi 1: Vacum tube:1946-1957
  • komputer generasi pertama dikarakteristik dengan fakta bahwa intruksi operasi dibuat secara spesifik untuk suatu tugas tertentu setiap komputer memiliki program kode-biner yang berbeza yang disebut "bahasa mesin"(machine language).
  • Hal ini menyebabkan komputer sulit untuk diprogram dan membatasi kecepatannya.
  • ciri lain komputer generasi pertama pertama adalah penggunaan tube vakum ( yang membuat komputer pada masa tersebut berukuran sangat besar) dan silinder magnetik untuk penyimpanan data.
2. Generasi Transistor 1958- 1963
        pada tahun 1948, penemuan transistor sangat mempengaruhi perkembangan komputer.Transistor menggantikan tube vakum ditelevision radio, dan komputer .Akibatnya ,ukuran mesin-mesin elektrik menurun secara drastik.
      Transistor mula digunakan didalam komputer mula pada tahun 1956. penemuan lain yang berupa printer,disket ,memori, dan program membantu pegembangan  komputer generasi kedua yang lebih kecil,lebih cepat dan lebih hebat.
     mesin pertama yang memanfaatkan teknologi baru ini adalah superkomputer.

3. Genarasi ke-3 ; Litar bersepadu / Cip (Small scale Integration)
                  up to 100 komponen didalam satu chip.
   walaupun transisitor dalam bagus daripada tube vakum, namun transistor menghasilkan panas yang cukup besar ,yang dapat berpotensi merosak bahagian internal komputer.
   batu kuarsa(quartz rock) menghilangkan masalah ini. Jack Kilby, Texas Instrument, mengembangkan circuit terintegrasi  (IC : Intergrated Circuit) di tahun 1958.
Sistem operasi (Operating System) yang memungkinkan mesin untuk menjalankan berbagai program yang berbeza secara serentak dengan sebuah program utama yang memonitor dan mengkoordinasi memori komputer.

4. Generasi ke-4 : Penyepaduan Skala Circuit
  • Setelah IC, tujuan pengembangan menjadi lebih jelas iaitu mengecilkan ukuran circuit  dan komponen-komponen.
  • Medium Scale Integration (MSI) 1971. 100-3 000 komponen di dalam satu cip.
  • Large Scale Integration (LSI) dapat memuat ratusan komponen dalam sebuah cip.
  • Very Large Scale Integration (VLSI) memuat ribuan komponen dalam sebuah cip tunggal pada tahun 80-an.
  • Ultra Large Scale Integration (ULSI) lebih 100 000 000 komponen di dalam satu cip-intel.
Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Pembangunan Negara
  1. Teknologi dapat mempertingkatkan :
  • Daya keupayaan kerja
  • Lebih cekap, pantas, tepat, jimat, tanpa ralat
  • Menjadi Masyarakat yang lebih terbuka, lebih ramai kenal, lebih berkongsi, lebih terurus, lebih banyak bantuan.
  • Lebih banyak masa beribadat .
Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan.
  • Menjadikan impian guru satu kenyataan 
  • Membantu urusan guru dalam pentadbiran data atau rekod
  • Memudahkan penilaian pelajaran
  • Menjangka masa depan 
  • Memudahkan kefahaman pelajar 
  • Memudahkan penerangan guru
  • Berkongsi bahan 
  • Menjadi teman bermain dan berhibur
  • Menjadi guru tanpa sempadan 
Kekuatan
  1. Guru dapat merancang pengajaran dengan lebih berkesan dan menarik
  2. Guru dapat mengawasi perkembangan pembelajaran dengan lebih baik
  3. Guru dapat melakukan penilaian berterusan 
  4. Guru dapat menyimpan rekod perkembangan untuk tujuan analisis
  5. Guru dapat menyimpan bahan pengajaran dan rekod pelajar
  6. Berkongsi guru dan bahan- berkomunikasi terus
  7. Mengulang pelajaran tanpa batasan
  8. Belajar kendiri
  9. Belajar tanpa batasan atau ilmu tidak terhad
Kelemahan
  1. Leka, tersasar dan sukar dikawal
  2. kurang ciri kemanusiaan atau prihatin
  3. kurang penyemaian nilai
  4. kurang pendidikan emosi dan jasmani
  5. kurang bersosial
  6. malas berusaha
  7. Terkeliru apabila berhadapan situasi sebenar-maya/simulasi
  8. merosakkan mata- skrin komputer