Monday, 10 November 2014

kitaran hidup rama-rama


APAKAH ITU RAMA-RAMA?


Rama-rama merupakan haiwan dalam kumpulan serangga. Rama-rama merupakan serangga yang mempunyai kitaran hidup yang lengkap. Dalam proses kitaran hidup rama-rama, ia melalui 4 peringkat perkembangan dan setiap peringkat perkembangannya adalah berbeza dan juga mempunyai tujuan yang berbeza. 



PERINGKAT KITARAN HIDUP RAMA-RAMA








  1. Telur - pada peringkat pertama ini rama-rama yang telah matang dan melakukan persenyawaan akan menghasilkan telur. Telur rama-rama sangat nipis, kecil, berkilat kekuningan/keputihan dan ada juga yang berbentuk silinder. Pada permukaan telur kelihatan tulang-tulang halus. Kebiasaannya telur-telur yang dihasilkan oleh rama-rama ini akan menempel pada daun atau dahan pokok. Tahap ini juga boleh dikenali sebagai tahap perkembangan. Telur-telur ini akan matang diantara 5 hingga 10 hari. 
  2. Ulat/larva - pada tahap ini telur yang menempel pada daun tadi telah matang dan pecah, seterusnya menghasilkan ulat beluncas. Kebiasaannya ulat beluncas panjang dan membentuk seperti badan rama-rama tetapi tidak mempunyai sayap. Pada tahap ini, ia dinamakan tahap perkembangan melalui pemakanan kerana kerana beluncas akan makan dan terus membesar. Makanan ulat beluncas ialah daun dan ulat akan makan dengan banyak selama 2 hingga 3 minggu. Kemudian, ulat beluncas akan mula ditumbuhi bulu-bulu.
  3. Kepompong/pupa - peringkat ketiga berlaku pada minggu ke-3. Proses taransformasi akan berlaku iaitu ulat akan bertukar ke struktur serangga dewasa. Pada tahap ini, ulat beluncas akan berubah dan menggantungkan dirinya ke dalam kepompong. Kepompong merupakan tempat perlindungan bagi ulat semasa berehat. Ulat beluncas akan berehat selama 2 hingga 3 minggu dan meneruskan kehidupan sehinggalah ia matang. Semasa di dalam kepompong, kaki dan kepaknya akan muala berbentuk.
  4. Rama-rama - pada peringkat ini, kepompong yang telah matang tadi akan pecah dan rama-rama yang matang akan bersenyawa, bertelur dan kitaran hidup rama-rama yang seterusnya akan berlaku. 


9 comments:

  1. sangat membantu saya untuk membuat ulasan dan karangan serta bina ayat

    ReplyDelete
  2. Ulasan ini sangat membantu saya terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum penulisdan semua..terima kasih atas infonya..mohon halalkna ilmu dan gambar utk di kongsi ya...moga penulis sentiasa dimudahkan urusn dan diluaskn rzekinya..aamiin..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bagi perngatahuan yang bagus...

    ReplyDelete